Saturday, April 14, 2012

 Sorry for Posting that lovely song , actually in proses to learn how to add song to your blog . in other word trial and error proses ... Btw enjoy my favorite song.

PA – Kerja Kerja yang Dibuat Di Projek FB RTK M Semantan


PA – Kerja Kerja yang Dibuat Di Projek FB RTK M Semantan :-

- Menbina Parit Gajah -  1 Buah Jengkaut ( Iskandar ) di Parit Lebai Kiri
                                        Operator Mad Ali
                                     -  2 Buah Jengkaut ( Sani FUES ) di Parit Lebai Kanan
                                        Operator Tok Uban / Amin
                                     Keluasan Jarak Parit siap di bina 100 meter ( Parit Lebai Kiri )
                                     Parit Lebai Kanan – 3 Jengkaut FUES membersih lorong parit gajah.
- Membersih Kwasan  -  3 Jentolak . Ah Voon Block G / Ah chin Block F dan Ah Thong Block E ( Kaw yg dibersih 2011)
                                           Keluasan siap di bersehkan 7 Ha.


- Kerja kerja mennyemai benih maccuna giat dilakukan . Hari ini cukup 3 kg di semai . ( peringkat Pertama ).
- Kerja kerja Membakar dijalankan di Block E / G mengunakan Tenaga Kerja Bangladesh . Anggagaran Luas 2 Ha.

Friday, April 13, 2012




Rakaman Vedio Kerja kerja membersih Lorong Parit Gajah oleh Jentera Fues


        Pic of The Enemy ( Second generations ) that i going to face in Future The Wild Boer .
.


Kerja Kerja yang Dibuat Di Projek FB RTK M Semantan :-

- Menbina Parit Gajah -  2 Buah Jengkaut ( Iskandar ) di Parit Lebai Kiri
                                        Operator Mad Ali / Aba
                                     -  2 Buah Jengkaut ( Sani FUES ) di Parit Lebai Kanan
                                        Operator Tok Uban / Abang Smart
                                     Keluasan Jarak Parit siap di bina 200 meter ( Parit Lebai Kiri )
                                     Paritb Lebai Kanan hanya membersih lorong dari tunggul dan kayu .

- Membersih Kwasan  -  3 Jentolak . Ah Voon Block G / Ah chin Block F dan Ah Thong Block E
                                           Keluasan siap di bersehkan 7 Ha.


- Kerja kerja mengisi tanah Dalam Polibag dijangka siap hari ini. Jumlah Polibag yang siap disi ialah 70 ribu. ( peringkat Pertama )

Thursday, April 12, 2012

Mesyuarat Felcra Bhd bersama FUES


PA –    Mesyuarat Felcra Bhd bersama FUES ( kerja PA )di adakan di FB Berhala Gantang . Fb RTK Semantan di hadiri olih PK . Dijangka tidak banyak masalah yang dbangkit olih pihak pengurusan projek memandang kan dengan jumlah Jentera yang berada di Projek. Hujan renyai renyai dari semalam berterusan khingga ke pagi .
           Kerja kerja yang di jalankan di Projek ialah :-
A)     Membersih Kawasan – 3 Jentolak , Jentolak Ah Voon di block G , Jentolak Ah Chin di Block F dan Jentolak Ah Tong di Block E .
Kawawas keluasan kerja berjumlah 6 Ha . Jentolak Ah Thong `membersih ( tolak/kumpul ) di kawasan yang salah kumpul pada tahun lepas .
B)            Kerja kerja Membina Parit Gajah -  2 Jentera En Malik menjalankan kerja kerja membina Parit Gajah di Parit Lebai Kiri. Teguran
Dibuat kepada operator En Malik (Aba - Baru mula bekerja ) supaya kedalam perlu dibuat semula kerana kedalam parit sbenarnya 3,1 meter tapi hanya 1.8 meter dibuat. En Md Ali pula menyiapkan kerja kerja yang terhenti kerana Jentera rosak paip. Nasihat kepada En Md Ali supaya memastikan Pekerja Baru dapat mematuhi syarat yang ditetapkan olih Pebgurusan.
       Bagi Jengkaut FUES dsyorkan menjalankan clearing dulu  , ini bagi memudahkan kerja . Kawasan yang di jalankan kerja pada hari ini ialah kawasan Berpaya dan Jentolak tidak dapat membersih di kawasan paya . Kerja kerja penggalian Parit Gajah bermula pada Esok ( 13/04/2012 ) setelah pancang tanda sempadan akan di buat olih En Khuzairi . Kedua dua Jentera bekerja berhampiran kerana mempercepat pembinaan parit ( 1 menggali parit dan 1 membersih kawasan )
       Dijangka sekiranya 5 jentera sehari bekerja , kerja kerja membina parit gajah akan siap akhir May 2012 . Keupayan 1 Jentolak = 100 meter x 5 .

Wednesday, April 11, 2012

Cuti Am Pertabalan DYMM Agong


PA – Hari ini Cuti Am bagi pertabalan Agong . PL bekerja kerana di jangka Jentolak Nanda dan Jengkaut En Sani akan tiba ke projek hari ini . Begitu juga persetujuan telah dibuat dengan En Muhijan bagi membanyakan pancang Pra Lining untuk memudahkan kerja tolak kumpul ( jentolak ) , terutama di tepi sempadan.
        Jengkaut Fues tiba ke projek jam 10 pagi bersama En Sani/En Nizam . En Sani menjelaskan bahwa 2 buah dihantat pada hari ini dan sebuah lagi akan dihantar minggu hadapan . Pihak pengurusan fb rtk m Semantan menyatakan bahwa esok kerja kerja menbina Parit Gajah dapat di mulakan kerana kawasan yang hendak dibina telah disusun . Rumah sewa untuk operator dan Steysen minyak untuk mengambil Diesel juga telah dimaklomkan.
      Bagi Operator jentolak Ah Thong ( Noi- Sabah ) juga telah disediakan rumah sewa dan dimaklomkan kawasan kerja . Kerja kerja akan dimulakan esok ( 12/ Khamis ).
        Kerja kerja yang dijalankan pada hari ini :-
a)      2 Buah Jentolak ( Ah Voon Block G/ Ah Chin Block G )meneruskan kerja kerja membersih kawasan . Anggaran kerja siap pada hari ini ialah 4.5 Ha . Jentolak Mr Sam masih lagi belum siap di baiki . Penjelasan yang diberi ialah Makenik belom berpeluang untuk masuk ke projek.
b)      Bagi kerja kerja mengisi polybag , 9 pekerja OA Kg Leleh/ 3 pekerja Bangla meneruskan pengisian. Dianggarkan jumlah polibag hingga hari ini hampir 70 Ribu . kerja kerja penyemaian benih maccuna juga di sambung . En Malik bersetuju untuk menambah lagi benih maccuna 10 kg .

Perbincangan lisan dengan En Malik berkenaan kemajuan kerja kerja Pa , antara perkara yang di persetrujui :-
A)     Bekalan benih Maccuna perlu dibeli dengan pembekal yang dpt membekal benih yang baru , bagi menambah peratus percambahan. Usaha En Malik menyediakan Tapak Percambahan dekat dengan polibag serta meratakan tapak polibag di ucapkan terimakasih.
B)     Kerja mengumpul kayu di kawasan belakang pondok ( kawasan kumpul tahun 2011 / 18 ha ) perlu dilakukan dan kerja kerja meracun blanket (glyposate )dijalankan di kawasan tersebut . Ini bagi penyedian kerja kerja menanam maccuna.
C)     En Malik juga bersetuju dengan cadangan pihak Pengurusan untuk menyegerakan kerja kerja pembinaan teres dan Jalan Pertanian . Ini disebabkan terdapat kawasan yang siap di bersihkan dan dibolihkan membina teres . kerja kerja menebang pohon kayu yang tertinggal juga perlu dilakukan dengan menggunakan Gergaji Berantai ( Chainsaw ).
D)     Setiap jentolak yang memulakan kerja membersih kawasan perlu dihantar ke tepi sempadan bagi membersihkan sempadan untuk mempercepatkan kerja kerja membina Parit Gajah . Dimana jengkaut tidak lagi perlu menjalankan kerja pembersihan kwasan.

       En Malik memberi kerjasama sepenuhnya didalam menjayakan projek ini. Beliau berada 24/7 di projek bersama Pihak Pengurusan , ini menyebabkan segala perancangan dan aktiviti kerja/halangan dapat dilakukan/diselesaikan secepat mungkin. Segala bayaran yang perlu dibuat pada Jentera dan pekerja dilakukan dengan mengikut tarikh yang dipersetujui.

      Sekiranya displin yang diamalkan sekarang dan perancangan jumlah jentera ( 7 Jentolak dan 6 Jengkaut ) kekal . Pihak Pengurusan menjangkan kerja kerja membersih kawasan akan siap mengikut Jadual ditetapkan dan kerja kerja menanam anak benih Kelapa Sawit dapat di lakukan pada hujung bulan Jun 2012 . Insyaallah kerja kerja akan siap mengikut tarikh yang di persetujui didalam Perjanjian Kontrak.

Tuesday, April 10, 2012

Kerja kerja yang dilaksanakan di Projek hari ini


PA – Kerja kerja yang dilaksanakan di Projek hari ini ialah :-
          Membersih Kawasan – 2 Jentolak ( ahvoon blokck G , Ah Chin block F ) . jentolak Mr Sam masih mengalami kerosakan . Hari ini sebuah lagi Jentolak di bawa masuk iaitu Jentolak Ah Thong . Beliau akan memulakan kerja di Block C pada hari Khamis . Pada tarikh ini Jumlah jentolak yang berada di Projek ialah 4 buah . Dijangka sebelom mesyuarat PA 17/4/2012 Projek Fb RTK M Semantan akan mempunyai 7 Jentolak yang sedang membersih kawasan.
        Manakala bagi kerja kerja menbina Parit Gajah jentera Jengkaut yang berada Projek ialah 2 buah . Hari ini kedua dua jentera sedang di baikpulih Bucket untuk menyesuaikan bagi membina parit Gajah. Dijangka esok akan menyambong balik kerja tersebut di Parit Lebai Kiri . En Sani dari FUES menjanjikan 3 buah Jengkaut akan masuk ke prokek esok ( Rabu ) bagi menpercepat kerja kerja membina parit Gajah.
       Kerja mengisi tanah didalam polibag diteruskan , jumlah polibag yang telah diisi pada 8/4/2012 ialah berjumlah 47843 , kerja kerja akan diteruskan sehingga 70 Ribu ( Phase 1) .Kerja kerja pemindahan macuna dari semaian pasir dilakukan pada pukul 5 petang . Jumlah yang di pindah setakat ini ialah 4 Ribu pokok. Kerja kerja  penyedian benih untuk semain pasir diterukan semalam. Kadar percambah ialah 70 % .
       Perbincangan dengan En Muhijan dibuat semalan bagi mengatur block kerja untuk Jentolak . Ini disebabkan Jentolak dimiliki oleh 5 Individu . Ini bagi memudahkan menyeliakerja dan dari segi bayaran. Block dan rangka jalan sudah siap disedikan oleh En Muhijan .Perbincangan hari ini juga bertumpu kepada perlunya Jentolak memulakan kerja di tepi sempadan projek . Ini bagi melancarkan kerja kerja pembinaan Parit Gajah . Dengan lain perkataan Jengkaut tidak perlu membersih kawasan dan ini mempercepatkan kerja tersebut.
      Pihak Sub Kontrark juga telah membayar Gaji Pekerja OA mengisi tanah Polibag. Gaji dibayar 2 kali sebulan .

Monday, April 9, 2012

Kerja kerja yang dilaksanakan di Projek hari ini


PA –Kerja kerja yang dilaksanakan di Projek hari ini ialah :-
         Membersih Kawasan 2 Jentolak (Ahvoon Block G, Ah chin Block F ) manakala jengkaut masih lagi dibaiki ( bucket upgrade ). Kerja kerja dijangka siap esok dan akan menyambung kembali pada hari Khamis .
        En Nasir ( PBW) telah melakukan lawatan ke Projek FB RTK M Semantan pada hari Sabtu . Beliau telah memaklom kan tentang lawatan tersebut tetapi tidak dapat bersama kerana bercuti . Pada hari ini ada menghubingi En nasir bagi mendapat maklumat  dan pandangan mengenai kemajuan kerja di Projek . Antara cadangan En Nasir ialah –
      a) Perlu menpercepat kerja kerja untuk mengambil alih kawasan bagi menjalankan kerja kerja MKT . Ini disebabkan kawasan yang telah di bersihkan tahun lepas ( 18 ha /sept 2011 ) telah mula dipenuhi oleh Rumpai dan ini akan menyulitkan bagi kerja kerja menanam KPB. 
      b) Jalan Masuk alternative perlu di rangka bagi menghadapi jika timbul masalah ketika kerja kerja penghantaran anak benih yang akan di lakukan pada bulan Jun 2012 .
     c) Kerja kerja mengesan laluan Gajah liar perlu di buat kerana kesan najis gajah ada di sekitar projek .Ini bagi memudahkan kerja kerja pengawalan dari serangan Gajah terhadap pokok kelapa sawit.
     d) Cadangan juga di buat oleh En Nasir didalam memudahkan dan menepati syarat di dalam penyediaan Sijil Bayaran.

Sunday, April 8, 2012

Membersih kawasan


PA – Kerja membersih kawasan dijalankan mengunakan kekuatan 2 Jentolak , jentolak Mr Sam masih mengalami kerosakkan . usaha untuk membaiki sedang di jalankan . kerja membina parit Gajah dijalankan dengan 1 jenkaut di Parit Lebai Kiri .