PA – Sebuah Jentera Jentolak telah dimasukkan
oleh pihak pemborong bagi keperluan menjalankan kerja kerja membina Jalan
Pertanian dan teres .
Saturday, February 25, 2012
Friday, February 24, 2012
kerja membersih dan memancang lining jalan pertanian
PA – Kerja kerja yang dijalankan ialah menyambung
kerja membersih dan memancang lining jalan pertanian dengan menggunakan sebuah
jentera. Kerja membina Parit Gajah di hentikan dulu bagi menunggu pengubahsuai "Buckett" bagi menyempurnakan slop parit
gajah .
Thursday, February 23, 2012
Permohonan Kelulusan Kerja-kerja Membakar dari JAS
PA – Menghadiri ke Pejabat Jabatan Alam Sekitar
Temerloh bagi membincangkan permohonan Kelulusan kerja-kerja membakar dari JAS. Mengikut amalan kebiasaan kelulusan sukar di perolehi memandangkan keluasan
809 ha. Setelah penerangan tentang situasi dan volume tumbuhan yang bakal di
bakar (belukar) pihak JAS akan
menimbangkan kelulusan tersebut dgn syarat permohonan di buat mengikut
Block yang berkeluasan tidak melebihi 100 ha. Kelulusannya hanya pada keluasan
tidak melebihi 40 ha. Kerja-kerja PA ladang ialah membuat track dan packing
laluan Jalan Utama dan Pra Lining (dijalankan oleh En Muhijan FPS).
Wednesday, February 22, 2012
Kerja kerja membaiki Jentera
PA – Kerja kerja membaiki Jentera dijalankan. Jam 7.30 petang 2 jentera siap dibaiki
setelah 6 hari tersadai. Dijangka esok kedua dua jentera dapat digunakan dan
sebuah lagi dijangka esok siap. Kerja-kerja pembaikan dijalankan menggunakan
Hilux Staff bagi mengangkat tong gas (welding) dan sparepart. PK telah
mengarahkan "site meeting" kali ke 2 diadakan pada hari selasa 28/2/2012 .
Tuesday, February 21, 2012
Perjumpaan secara tak rasmi
PA – Perjumpaan secara tak rasmi telah diadakan
dengan En Iskandar Kontrak Utama ( FUES ) . Ia dilakukan bagi menyelesaikan
kemelut ketiadaan Jentera yang mencukupi serta "backup tools" bagi melancarkan
perjalanan jentera. Persetujuan telah dicapai dengan En Iskandar bagi menyelesaikan
pertambahan jumlah jentera sekurang-kurangnya 3 jentolak dan 7 jengkaut serta
bekalan minyak diesel dan alat-alat gantian. Segala perkembangan tersebut
telah dimaklumkan pada Pengurus Kawasan.
Monday, February 20, 2012
PA updates
PA – Jentera masih belum siap dibaiki . Hanya
sebuah Jengkaut bersaiz 045 digunakan
bagi menjalankan kerja kerja meratakan tapak semaian KPB Maccuna . Arahan lisan
telah diberikan kepada wakil pemborong supaya menambah jumlah Jentera serta
menukar Buckett yg sesuai bg kerja kerja pengalian Parit Gajah mengikut
Penentuan Kerja yang di tetapkan . Arahan lisan juga diberi supaya kerja kerja
menyemai dan mengisi polybag bagi penyedian Kacang Penutup Bumi Maccuna . Pemakloman keadaan Jentera yang hampir seminggu belum siap dibaiki dan
ketiadaan tambahan jentera ( sekurang kurang 10 jentera ) telah dibuat kepada
Pengurus Kawasan .
Subscribe to:
Posts (Atom)