Saturday, March 31, 2012

Hanya sebuah Jentolak


PA -  Hanya sebuah Jentolak sahaja bekerja pada hari ini iaitu Jentolak Ah Boon  , ini kerana Jentolak Mr Sam belum lagi siap di baiki . Operator Jengkaut Parit Gajah bercuti . Kerja kerja akan di sambung pada hari Isnin. Buruh tidak meneruskan kerja pada hari ini kerana semalam hujan lebat.

Rekod/ Laporan kerja bulan Mac 2012

Friday, March 30, 2012

Jentolak mengalami kerosakan

PA-  Jentolak mengalami kerosakan dan jengkaut di rehatkan bagi pengubahsuaian kali kedua keatas Buckett bagi melancarkan kerja kerja mengali parit gajah . Sebuah lagi Jentolak telah memasuki Projek . Ia akan memulakan kerja pada esok 31/3/2012 . Urusan pegiraan harga dan wang pendahluan telah diserahkan kepada En Malik . Tuan jentolak Mr Ah Boon adalah kenalan Pengurus Projek di Jerantut dan Gua Musang . Sebuah lagi Jentolak akan memulakan kerja pada 2/3/2012 iaitu Mr Ah Cin juga kenalan Pengurus Projek di Jerantut .

Thursday, March 29, 2012

kerja kerja membersih kawasan


PA- Sebuah Jentolak menjalankan kerja kerja membersih kawasan di block E dan sebuah Jengkaut menjalankan kerja kerja mengali parit gajah  di Kaki bukit Che Omar . Mesyuarat Bulanan Staff di adakan di Pejabat Kawasan Paya Laman . Antara teguran Pk ialah kelembapan progress kerja di Projek RTK Semantan . I adalah sedia maklom kerana kekurangan jentera . Pengurus Projek berjanji akan menambah bilangan Mesin sebelom Mesyuarat bulanan PA pada 17hb April nanti .Sekurang kurang 5 Jentolak ( Bulldozer ) dan 2 Jengkaut .

Wednesday, March 28, 2012

kerja kerja membersih kawasan


PA- Sebuah Jentolak menjalankan kerja kerja membersih kawasan di block E , manakala sebuah jengkaut menjalankan kerja kerja mengali parit Gajah di kaki bukit Che Omar . Kerja kerja mengisi tanah di dalam polibag dan penyemaian Macuna giat di lakukan .

Tuesday, March 27, 2012

Kerja kerja membersih kawasan


PA- Jengkaut En Sani Sg Jerik dibawa keluar dari projek pada hari ini ( jam 11.00 pg ) . beliau tidak dapat meneruskan kerja kerana kurang kecekapan ( Parit Gajah hanya mampu 60 meter / hari , manakala membersih kawasan pun dijangka hanya setengah ekar/ hari . Setelah perbincang di buat dengan En Malik dan pihak pengurusan kita bersetuju bahwa beliau tidak dapat meneruskan kerja .
          Kerja kerja membersih kawasan dijalankan sampai pukul 2 tengahari kerana Jentolakmengalami kerosakan> kerja kerja pembaikkan akan dilakukan di sebelah pagi esok. Kerja mengetip benih KPB telah siap 2 kg dan juga telah di semai. Tarikh mula menyemai 18 hb dan mula pindah ke polibag 26 hb. Untuk makloman kerja kerja mengisi polibag dipindah berhampiran Pondok Pest Control base kerana tempat asal  berair kerana hujan,

Monday, March 26, 2012

Kerja membersih kawasan


PA-  Kerja membersih kawasan masih lagi dijalankan dengan mengunakan sebuah jentolak ( keluasan 1.5 Ha/hari ). Kerja kerja menggali Parit Gajah diteruskan di kawasan paya Lebai B. Jentolak mula mengali di kawasan kaki bukit.  Bagi kerja Menanam Kekacang Penutup Bumi , Kerja mengisi tanah kedalam Polibag , jumlah pekerja telah bertambah iaitu seramai 5 pekerja orang Asli Kg Leleh telah mula bekerja . Jumlah polibag yang di isi ialah 3102 . sejumlah 120 anak benih  maccuna  telah di pindah dari semaian ke polibag.