PA- Hanya kerja kerja membina parit Gajah di jalankan pada hari ini . Ini
disebabkan semalan hujan lebat menyebabkan tanah basah . Jalan masuk juga agak
licin , hanya kenderaan pacuan 4 roda saja bulih melalui . Bagi kerja membina
Parit Gajah beberapa masalah kecil timbul dan perlu dirujuk pada pihak yang
berkaitan . Antaranya ialah apabila Parit Gajah yang dibina di lereng bukit ,
dimana kedalaman nya akan berbeza . Sekiranya dibina kedalamam 10’ seblah
tebing bawah maka ditebing sebelah atas akan menjadi 15 ‘ . Arahan sementara
diberi ialah membina 8 ‘ disebelah bawah . Begitu juga dengan longgokkan tanah
yang di korek . Didalam syarat penentuan kerja segala tanah yang di korek perlu
di letakkan didalam kawasan projek dan bukan di luar sempadan projek . Tapi
bila dalam projek dikawasan bukit , tanah korek perlu diletak disebelah atas ,
ini menyebabkan tanah akan runtuh kedalam parit. Pihak pemborong meminta
diletakkan di luar kawasan projek.
Arahan dari pihak pengurusan projek dalam masalah ini , tanah tersebut
misti diletakkan di dalam kawasan projek. Bagi mengelakkan ia jatuh maka lereng
bukit perlu dirata ( teres ) supaya tanah di runtuh kedalam parit.
Bagi kawasan tapak semaian KPB
Maccuna , masalah air dari bukit bertakung dikawasan polibag , ini menyebabkan
kerja kerja mengisi tanah dalm polibag agak tergangangu . Cadangan supaya parit
aliran air hujan perlu dibina dan tanah perlu ditambak pada kawasan yang rendah
. Usaha usaha menambah pekerja mengisi polibag telah diselesaikan . Pekerja
tambahan seramai 10 orang akan mula bekerja dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment