PA – Kerja kerja yang di jalankan hari inni hanya meratakan Tapak Semaian KPB . Kerja
lain tidak dapat diteruskan keraqna semua Jentera yang ada mengalami kerosakkan
dan sedang di baiki. Semua kakitangan
Felcra Bhd Kaw Paya Laman bertolak ke Perak bagi menghadiri Program Felcra pada
Jam 6.00 Pagi.
Friday, February 17, 2012
Thursday, February 16, 2012
Pembinaan Stor Baja dan Kongsi Pekerja
STOR BAJA/ KONGSI PEKERJA - Puan Endang Ketua Unit Teknik PBW hadir Ke Pejabat
Kaw. Paya Laman bagi membincangkan permintaan Pengurusan Projek RTK Semantan
bagi memohon pembinaan Stor Baja dan Kongsi Pekerja. Persetujuan dicapai dengan
memohon Sebutharharga dengan Peruntukkan RM 120,000.00 ( kongsi ) dan RM
60,000.00 ( Stor Baja )
Membina Parit Gajah
PA – Hari ini Pemandu Jentera yang ditugaskan
untuk membina Parit Gajah memulakan kerja . Arahan Lisan dan ukuran jarak telah
ditanda bagi memastikan kerja Pembinaan Parit Gajah dapat dilakukan mengikut
Penentuan Kerja . Pemandu En Syam yang Jentera rosak ditugaskan membawa Jentera
yang ditugaskan menjalankan kerja Penyedian Tapak Semaian KPB Maccuna. Kerja
Pengalian Parit Gajah terhenti pada jarak 15 Meter kerana jentera mengalami
Kerosakkan. . Mekanik dibawa bagi
melihat Jentera yang rosak termasuk jentera Pengalian Parit Gajah . Sekali lagi
Arahan LISAN ( melalui Talipon ) di beri pada En Iskandar dan EN Zul supaya
menambah Jentera dan mengemaskan Bantuan Sokongan pada Jentera yang menjalankan
kerja di Projek.
Wednesday, February 15, 2012
kerja kerja membersih laluan Parit Gajah
PA - Masih lagi satu Jentera yang
menjalankan kerja kerja membersih laluan
Parit Gajah . Arahan LISAN telah diberi pada En Iskandar mengenai masalah
kekurangan Jentera dan masalah Alatan Sokongan bagi melancarkan kerja seperti
Bekalan Diesel , Alat gentian dan lain lain . Memandangkan jentera yang
digunakan telah berusia . Pada pukul 4.00 petang Jentera yang yang seddang
bekerja mengalami kerosakkan apabila PIN RANTAI telah putus . Dijangka kerja
pembaikkan akan mengambil 5 hari untuk begerak kembali.
Tuesday, February 14, 2012
kerja membersih laluan Parit Gajah
PA - Masih
satu Jentera ( Jengkaut ) yang menjalankan kerja membersih laluan Parit Gajah .
Sub Kontrak yang ada Iaitu En Iskandar/ En Zul
menyatakan mereka mempunyai masalah
Pemandu Jentera . Kerana pemandu yang ada di Perak tidak bersedia
berpindah ke Pahang .
Monday, February 13, 2012
PA
PA - Pada 12 dan 13 hb , tiada kerja yang dijalankan di Projek . Ini disebabkan
pemandu yg ada bercuti . Hari ini hanya seorang Pemandu yang bekerja . Pemandu Jentera
yang dibawa dari Keratong dan berasal dari kampong mempatih Lancang. Kerja
kerja yang dijalankan ialah membersih kayu kayan di Lorong Parit Gajah.
Subscribe to:
Posts (Atom)