PA – Hari ini Cuti Am bagi pertabalan Agong . PL bekerja kerana di jangka
Jentolak Nanda dan Jengkaut En Sani akan tiba ke projek hari ini . Begitu juga
persetujuan telah dibuat dengan En Muhijan bagi membanyakan pancang Pra Lining
untuk memudahkan kerja tolak kumpul ( jentolak ) , terutama di tepi sempadan.
Jengkaut Fues tiba ke projek jam 10
pagi bersama En Sani/En Nizam . En Sani menjelaskan bahwa 2 buah dihantat pada
hari ini dan sebuah lagi akan dihantar minggu hadapan . Pihak pengurusan fb rtk
m Semantan menyatakan bahwa esok kerja kerja menbina Parit Gajah dapat di mulakan
kerana kawasan yang hendak dibina telah disusun . Rumah sewa untuk operator dan
Steysen minyak untuk mengambil Diesel juga telah dimaklomkan.
Bagi Operator jentolak Ah Thong ( Noi-
Sabah ) juga telah disediakan rumah sewa dan dimaklomkan kawasan kerja . Kerja
kerja akan dimulakan esok ( 12/ Khamis ).
Kerja kerja yang dijalankan pada hari
ini :-
a)
2 Buah
Jentolak ( Ah Voon Block G/ Ah Chin Block G )meneruskan kerja kerja membersih
kawasan . Anggaran kerja siap pada hari ini ialah 4.5 Ha . Jentolak Mr Sam
masih lagi belum siap di baiki . Penjelasan yang diberi ialah Makenik belom
berpeluang untuk masuk ke projek.
b)
Bagi
kerja kerja mengisi polybag , 9 pekerja OA Kg Leleh/ 3 pekerja Bangla
meneruskan pengisian. Dianggarkan jumlah polibag hingga hari ini hampir 70 Ribu
. kerja kerja penyemaian benih maccuna juga di sambung . En Malik bersetuju
untuk menambah lagi benih maccuna 10 kg .
Perbincangan lisan dengan En
Malik berkenaan kemajuan kerja kerja Pa , antara perkara yang di persetrujui :-
A)
Bekalan
benih Maccuna perlu dibeli dengan pembekal yang dpt membekal benih yang baru ,
bagi menambah peratus percambahan. Usaha En Malik menyediakan Tapak Percambahan
dekat dengan polibag serta meratakan tapak polibag di ucapkan terimakasih.
B)
Kerja
mengumpul kayu di kawasan belakang pondok ( kawasan kumpul tahun 2011 / 18 ha )
perlu dilakukan dan kerja kerja meracun blanket (glyposate )dijalankan di
kawasan tersebut . Ini bagi penyedian kerja kerja menanam maccuna.
C)
En Malik
juga bersetuju dengan cadangan pihak Pengurusan untuk menyegerakan kerja kerja
pembinaan teres dan Jalan Pertanian . Ini disebabkan terdapat kawasan yang siap
di bersihkan dan dibolihkan membina teres . kerja kerja menebang pohon kayu
yang tertinggal juga perlu dilakukan dengan menggunakan Gergaji Berantai (
Chainsaw ).
D)
Setiap
jentolak yang memulakan kerja membersih kawasan perlu dihantar ke tepi sempadan
bagi membersihkan sempadan untuk mempercepatkan kerja kerja membina Parit Gajah
. Dimana jengkaut tidak lagi perlu menjalankan kerja pembersihan kwasan.
En Malik memberi kerjasama sepenuhnya
didalam menjayakan projek ini. Beliau berada 24/7 di projek bersama Pihak
Pengurusan , ini menyebabkan segala perancangan dan aktiviti kerja/halangan
dapat dilakukan/diselesaikan secepat mungkin. Segala bayaran yang perlu dibuat
pada Jentera dan pekerja dilakukan dengan mengikut tarikh yang dipersetujui.
Sekiranya displin yang diamalkan sekarang
dan perancangan jumlah jentera ( 7 Jentolak dan 6 Jengkaut ) kekal . Pihak
Pengurusan menjangkan kerja kerja membersih kawasan akan siap mengikut Jadual
ditetapkan dan kerja kerja menanam anak benih Kelapa Sawit dapat di lakukan
pada hujung bulan Jun 2012 . Insyaallah kerja kerja akan siap mengikut tarikh
yang di persetujui didalam Perjanjian Kontrak.
No comments:
Post a Comment