Monday, April 9, 2012

Kerja kerja yang dilaksanakan di Projek hari ini


PA –Kerja kerja yang dilaksanakan di Projek hari ini ialah :-
         Membersih Kawasan 2 Jentolak (Ahvoon Block G, Ah chin Block F ) manakala jengkaut masih lagi dibaiki ( bucket upgrade ). Kerja kerja dijangka siap esok dan akan menyambung kembali pada hari Khamis .
        En Nasir ( PBW) telah melakukan lawatan ke Projek FB RTK M Semantan pada hari Sabtu . Beliau telah memaklom kan tentang lawatan tersebut tetapi tidak dapat bersama kerana bercuti . Pada hari ini ada menghubingi En nasir bagi mendapat maklumat  dan pandangan mengenai kemajuan kerja di Projek . Antara cadangan En Nasir ialah –
      a) Perlu menpercepat kerja kerja untuk mengambil alih kawasan bagi menjalankan kerja kerja MKT . Ini disebabkan kawasan yang telah di bersihkan tahun lepas ( 18 ha /sept 2011 ) telah mula dipenuhi oleh Rumpai dan ini akan menyulitkan bagi kerja kerja menanam KPB. 
      b) Jalan Masuk alternative perlu di rangka bagi menghadapi jika timbul masalah ketika kerja kerja penghantaran anak benih yang akan di lakukan pada bulan Jun 2012 .
     c) Kerja kerja mengesan laluan Gajah liar perlu di buat kerana kesan najis gajah ada di sekitar projek .Ini bagi memudahkan kerja kerja pengawalan dari serangan Gajah terhadap pokok kelapa sawit.
     d) Cadangan juga di buat oleh En Nasir didalam memudahkan dan menepati syarat di dalam penyediaan Sijil Bayaran.

No comments:

Post a Comment