Tuesday, April 10, 2012

Kerja kerja yang dilaksanakan di Projek hari ini


PA – Kerja kerja yang dilaksanakan di Projek hari ini ialah :-
          Membersih Kawasan – 2 Jentolak ( ahvoon blokck G , Ah Chin block F ) . jentolak Mr Sam masih mengalami kerosakan . Hari ini sebuah lagi Jentolak di bawa masuk iaitu Jentolak Ah Thong . Beliau akan memulakan kerja di Block C pada hari Khamis . Pada tarikh ini Jumlah jentolak yang berada di Projek ialah 4 buah . Dijangka sebelom mesyuarat PA 17/4/2012 Projek Fb RTK M Semantan akan mempunyai 7 Jentolak yang sedang membersih kawasan.
        Manakala bagi kerja kerja menbina Parit Gajah jentera Jengkaut yang berada Projek ialah 2 buah . Hari ini kedua dua jentera sedang di baikpulih Bucket untuk menyesuaikan bagi membina parit Gajah. Dijangka esok akan menyambong balik kerja tersebut di Parit Lebai Kiri . En Sani dari FUES menjanjikan 3 buah Jengkaut akan masuk ke prokek esok ( Rabu ) bagi menpercepat kerja kerja membina parit Gajah.
       Kerja mengisi tanah didalam polibag diteruskan , jumlah polibag yang telah diisi pada 8/4/2012 ialah berjumlah 47843 , kerja kerja akan diteruskan sehingga 70 Ribu ( Phase 1) .Kerja kerja pemindahan macuna dari semaian pasir dilakukan pada pukul 5 petang . Jumlah yang di pindah setakat ini ialah 4 Ribu pokok. Kerja kerja  penyedian benih untuk semain pasir diterukan semalam. Kadar percambah ialah 70 % .
       Perbincangan dengan En Muhijan dibuat semalan bagi mengatur block kerja untuk Jentolak . Ini disebabkan Jentolak dimiliki oleh 5 Individu . Ini bagi memudahkan menyeliakerja dan dari segi bayaran. Block dan rangka jalan sudah siap disedikan oleh En Muhijan .Perbincangan hari ini juga bertumpu kepada perlunya Jentolak memulakan kerja di tepi sempadan projek . Ini bagi melancarkan kerja kerja pembinaan Parit Gajah . Dengan lain perkataan Jengkaut tidak perlu membersih kawasan dan ini mempercepatkan kerja tersebut.
      Pihak Sub Kontrark juga telah membayar Gaji Pekerja OA mengisi tanah Polibag. Gaji dibayar 2 kali sebulan .

No comments:

Post a Comment