Wednesday, April 18, 2012


PA –  Kerja Kerja yang Dibuat Di Projek FB RTK M Semantan :-

- Menbina Parit Gajah -  1 Buah Jengkaut ( Iskandar ) di Parit Lebai Kiri
                                        Operator Mad Ali
                                     -  3 Buah Jengkaut ( Sani FUES ) di Parit Lebai Kanan
                                        Operator Tok Uban / Amin / Gemuk
                                     Keluasan Jarak Parit siap di bina 100 meter ( Parit Lebai Kiri )
                                     Parit Lebai Kanan – 3 Jengkaut FUES menbina Parit gajah , panjang siap ialah 300 m
- Membersih Kwasan  -  3 Jentolak . Ah Voon Block G / Ah chin Block F dan Ah Thong Block E ( Kaw yg dibersih 2011)
                                           Keluasan siap di bersehkan 7 Ha.


- Kerja kerja mennyemai benih maccuna giat dilakukan . Hari ini cukup 3 kg di semai . ( peringkat Pertama ).
- Kerja kerja Membakar dijalankan di Block E / G mengunakan Tenaga Kerja Bangladesh . Anggagaran Luas 2 Ha.


Kerja Kerja Membakar Di Block F
                                                                          

                                              Kerja kerja Membakar Terkawal di Block G  

              
Catitan ;-  
                      Amalan yang biasa dilakukan semasa membuka ladang PA ialah , kerja kerja menanda sempadan akan di lakukan selepas kerja kerja mengukur sempadan siap di lakukan , ini bagi memudahkan kerja mengenalpasati sempadan . Semasa bertugas di Felcra Bhd Tembeling Tengah  Penyelia bersama Jaga akan menanda sempadan dengan cat merah dan Zinc Plate bagi memastikan sempadan dapat di kenalpasti begitu juga dengan Projek FB Air Kuning dan FB Lubuk Batu Baru.
                    Bagi Projek FB RTK M Semantan kerja kerja tersebut terlepas pandang . Dan setelah kerja kerja mengeluarkan kayu 8 kaki siap dibuat  Semua SEMPADAN TELAH DI TIMBUNI OLEH SAKI BAKI KAYU akibat kerja kerja tersebut. Untuk mencari Besi Penanda Sempadan amat lah sukar . Terdapat satu dua yang dijumpai tapi tidak mencukupi untuk menanda sempadan.
                 Akibat dari masalah tersebut  , kerja kerja meletakan Penanda sempadan bagi memudah kerja membina Parit Gajah mengalami kesulitan. Usaha usaha bagi menanda sempadan mengunakan kaedah manual ( bearing dengan mengunakan mata kasar ) tidak dapat memastikan kelurusan Parit Gajah. Ini dapat dibuktikan pada petang ini  yang mana hampir 1000 meter yang siap digali melalui cerun dan bukit telah didapati TIDAK LURUS .
                    Keputusan di buat bagi mengesan batu sempadan , dikawasan yang belum lagi di tolak kumpul.  Daripada batu yang telah di jumpai , lorong dibuat dengan menggunakan 3 pekerja Bangladesh ( di tebas manual ) . Setelah mencapai jarak 200 meter , terdapat batu dan penanda telah di pasang dan seterusnya sehingga sampai ke Parit yang sedang di bina . Kerja kerja mencari batu sempadan akan diteruskan bagi memastikan kelurusan sempadan dan Batu Sempadan akan dapat di kekalkan. Kerja kerja ini dilakukan di Parit Lebai Kiri . Manakala di kawasan yang telah dibersihkan di Parit Lebai kanan . Khidmat En Muhijan di gunakkan bagi mencari bearing untuk meluruskan kembali sempadan yang akan dibina Parit Gajah . Di masa yang sama usaha bagi mengesan Batu Sempadan akan diteruskan di Parit Lebai Kanan .

No comments:

Post a Comment