PA- 2 Jentera menjalankan kerja membersih kawasan
. 1 Jentolak dan 1 jengkaut , kerja kerja dijalankan di blok E. Kerja mengali
Parit gajah dihentikan buat sementara waktu . Jumlah yang dibuat semalam ialah
Pemandu Md Ali ( Pemborong En iskandar ) dapat menyiapkan 60 meter ( 3 rantai )
. Kawasan yg di gali ialah di sebelah Paya . Setelah siap 20 meter , tanah
tebing runtuh ini disebabkan apabila pengalian dijalankan di kawasan paya ,
tanah menjadi peroi dan loose disebabkan ke lembabpan paya , ia cenderung (
tendency ) untuk runtuh . Arahan telah diberi bagi membaiki kawasan yang runtuh
, Parit Aliran air keluar juga sudah dimaklom pada operator jentera untuk di
bina.
Bagi sebelah atas pula , Pemborong En
,Sani dari Sg Jerik tidak sanggup untuk meneruskan kerja kerana ia tidak dapat
jumlah rantai yang di perlukan . Pengalaman En Sani ialah membina parit 8’ X 6’
X 4’ . Beliau hanya dapat menyiapkan sebanyak 4 rantai ( 80 meter ). Dengan
harga yang dipersetujui dengan en Iskandar RM 110.00 . Beliau hanya mendapat Rm
440.00 . Olih itu beliau menerangkan beliau perlu mendapat 10 rantai atau Rm
1000.00 lebih baru economic untuk meneruskan kerja . Beliau bersetuju untuk
menjalankan kerja kerja Membersih kawasan .
Perbincangan juga telah dibuat dengan
En Iskandar dan En Malik bagi bersetuju dengan cadangan En Sani wakil pihak
FUES bagi kerja kerja membina parit gajah di bantu olih 2 jengkaut En Sani ,
Jentera En Iskandar juga akan membantu . Ini bererti 4 jengkaut akan menjalankan
kerja kerja mengali Parit Gajah.
Persetujuan dengan Tokey Jentolak ( bulldozer ) Segamat bg menjalan kerja kerja
Membersih Kawasan menemui jalan buntu , harga telah di naikkan dari Rm 700.00
ke Rm 850.00 sehaktar . Kegagalan in berpunca dari harga yang diminta iaitu Rm
1000.00/haktar . Esok (22/3/2012 ) ada 2 tokey Jentolak akan melawat tapak dari
Gua Musang / Kedah , harapan kali mereka bersetuju untuk menjalankan kerja
dengan harga yang di tawarkan.
Kerja kerja mengisi polibag diteruskan
dengan 3 pekerja iaitu 1 mengisi polibag dan 2 membuat lindungan , Usaha bagi
menambah bilangan pekerja mengisi polibag sedang dijalankan . Di jangka
penghujung bulan mac sekurang kurang 10 – 15 orang akan melaksanakan kerja
kerja tersebut.
No comments:
Post a Comment